Ganu edition : POPIS KT

by - October 30, 2018


Bila kita dengar ttg popia, mesti terbayang ada popia basah, popia kering dan yang terbaru, popia lasagnae. Tapi pernah tak korang dengar tentang popia yang disaluti kejumel lah chocomel lah -  Kalau sek Ganu ni mesti pernah dengar, tapi org bukan Ganu mesti tak tahu tentang popia ni. Generally, popia ini disaluti oleh falvour kemanisan yang variety.


**WARNING POST INI MUNGKIN DIPENUHI OLEH KEMANISAN**


So... not long ago i craved for something sweet since it was cold and wet on that day.  Then, as i was going through my Intagram story- kawan aku buat story pasal popis KT ni. First impression: "i need this :') " Nak pi tapi rasa malas pula sebab sejuk sejuk camni lah sedap tidur - craving sangat duk layan minum air chocolate cardbury tu jelah. Hilang lah sikit craving tu.

Selang 2 hari, i decided to go to popis KT.  So....ini lah hasil aku beli - nampak cam meleleh kan air liur?

                                                                                                         

Flavour B chocoreo ( chocolate + oreo ) RM 4
Flavour B kejumel (Keju + Caramel) RM 4

Yang aku beli ini kotak kecil, dia ada set dia sendiri, kiranya banyak flavour lah. Tapi yang kotak kecil ni, boleh makan 1 flavour je. Kalau nak try banyak flavour, boleh ambil yang kotak besar. Meh sat aku bagi gambar menu dia supaya korang lagi jelas :-

*sila tekan di gambar di bawah untuk lebih jelas*




Harga untuk kotak besar ni range from RM 15 ke atas. Ada 27 biji dalam satu kotak tu. Not bad lah harga dia sesuai dengan bilangannya. Tapi max pilih flavour untuk satu kotak tu 5 saja boleh. Kalau korang nak berjimat tapi nak rasa gak popis ni, i suggest you beli yang biasa punya. Yang kotak kecil, ada 5 biji popis di dalam, and harga kurang dari RM10 (bergantung atas set yang dipilih) Okay, aku nak cerita dari segi rasa dia. 

Di luar, ranggup, di dalam lembut - dalam popia tu ada pisang. Memang bunyi dia punya ranggup tu padu. Popia ni kalau makan awal2 masa selepas beli tu sedap lah. Kalau makan lambat2, nnti takde dah bunyi ranggup nya. Kalau tak percaya nah ni aku sertakan video sekali :-




Haaaa dengar tak bunyi kriuk kriuk tu.  Korang kena terus makan lepas beli tu sebab kalau dibiarkan lama, first impression korang kat popis ni akan menurun sikit lah. Kena makan masa lepas beli, still panas, rangup, and sedap! Selepas selang beberapa hari, aku beli lagi popis ni. Aku beli yang kotak besar sebab nak try lagi banyak flavour. -



I forgot i bought which set of flavour but i think kotak besar 2 (Flavour A+B) RM 18. Yang aku beli tu ada 3 jenis flavour. Ada choconestum, peanut butter (i think so, i forgot) and chocomel. Yang cam putih tu choconestum, yang nampak kuning tu PB, yang selebihnya chocomel. In specifically, aku suka semua dlm kotak tu kecuali choconestum. Sebab aku kurang suka yang jenis serabut sebab nestum kan takde lah lekat mana kat badan popis yang disaluti cokelat tu. Nampak banyak kan nestum dia? So aku kurang suka sbb aku cepat kering tekak.

Overall aku boleh bagi 4.5/5 rating. Nak pergi beli lagi, tapi selalu cepat habis. So korang kena pergi awal kalau nak pergi try popis ni! Kedai popis KT ni dekat area Batu Rakit, Kuala Terengganu. Susah sikit nak cari sebab dalam kawasan kampung, and lorong nak masuk tu macam sempit sikit. Nak cari kedai ni, just search di Google : popis KT.


To be conclude:
Price : Kalau kotak kecil boleh dikira murah, kotak besar ni average lah takde lah mahal sangat
Range flavour: Variety, banyak boleh nak try and rasa
Rasa?: Rangup pada mula, lembik lama lama - manis (bukan untuk org yang kurang suka makanan manis), cepat muak, so kena kongsi dengan rakan rakan
Rating: 4.5/5 Selamat makan!

Love,

ismazafirah

You May Also Like

0 comments

Anything?